top of page

Bag From Recycle Plastic

  • Nov 21, 2017
  • 1 min read

hi ! I'm back. Pada hari minggu, aunty azizah ada membuat kelas menjahit di sekitar kawasan atau diluar kawasan perumahannya. Pada minggu lepas aunty mengadakan kelas membuat beg menggunakan bahan terpakai iaitu dari plastik beras. Agak luar biasa.

Ini adalah bahan utama yang digunakan untuk membuat beg. Iaitu plastik.

Potong plastik mengikut satu saiz yang sama seperti gambar di atas. Potong sebanyak mana yang boleh untuk dijadikan satu beg.

Selepas siap potong plastik mengikut satu saiz yang sama, lipat plastik tersebut sehingga menjadi satu bentuk seperti gambar di atas.

Selepas lipat menjadi satu bentuk gabungkan sehingga menjadi seperti bentuk gambar di atas.

Gabungkan sehingga menjadi satu tapak untuk membuat beg yang diinginkan mengikut citarasa masing masing.

Contoh saiz beg mengikut citarasa masing masing.

Potong kain untuk di jadikan tali beg. Panjang tali dan jenis kain mengikut citarasa masing masing. Selepas potong kain, jahit kain tersebut untuk dijadikan tali beg.

Selepas jahit tali beg, letakkan di bahagian atas beg dan lekatkan tali beg itu menggunakan butang atau aksesori lain yang boleh melekatkan tali dan beg.

Tadaaaa.... Beg dah siap !!! Inilah hasilnya.


 
 
 

Comments


Join our mailing list

Never miss an update

  • White Facebook Icon
  • White Instagram Icon
  • White Pinterest Icon
  • White Twitter Icon
  • White YouTube Icon

© 2023 by Fashion Diva. Proudly created with Wix.com

bottom of page